Bagaimana Mengawal Nafsu
"Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya, Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ( Yusuf : 53)
1. Berpuasa
Puasa Ramadan diwajibkan oleh Allah ke atas umat islam sebagai satu perisai untuk mengendalikan nafsu. Ibadah puasa adalah kegiatan menahan diri daripada makan dan minum serta nafsu dari mulai terbit fajar hingga tenggelamnya.
Rasulullah SAW juga ada menjelaskan tentang keberkatan bulan Ramadan menerusi sabdanya, yang bermaksud :
“ Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik daripada dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini. “
(HR. Ath-Thabarani, An-Nasa’I dan Al-Baihaqi)
2. Menutup `aurat:
Perkara utama dalam menutup pintu ma`siat ini adalah dengan menutup `aurat masing-masing. Jika hal ini dapat dilaksanakan, maka bebaslah manusia daripada ketidakterkawalan gelora nafsu yang sering terdesak untuk melihat batasan tubuh yang haram baginya ditayangkan secara percuma di hadapan mata.
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. [Al-A`raf; 26]
Namun umat Islam zaman sekarang masih ada yang tidak mengerti keperluan menutup `aurat. Mungkin disebabkan kurang `ilmu agama, maka bagi mereka `aurat (wanita) hanyalah dengan memakai tudung tanpa dikira panjang pendek labuhnya. Padahal tudung hendaklah dilabuhkan melitupi kawasan dadanya.
“..Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..” [An-Nur; 31]
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [Al-Ahzab; 59]
Malah, Al-Qur’an melarang wanita daripada memakai sesuatu yang dapat menarik perhatian lelaki untuk melihatnya seperti loceng yang diikat sebagai rantai di kaki. Perhiasan (bagi wanita) juga tidak boleh dipertontonkan kepada selain mahram.
“..Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya..” [An-Nur; 31]
“..Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..” [An-Nur; 31]
Jelas dalam Islam konsep menutup `aurat perlu didedahkan kepada kefahaman yang sebenarnya. Jika tidak, maka keperluan menutup `aurat dan faedahnya kepada manusia tidak dapat dini`mati dengan sepenuhnya.
3. Menundukkan pandangan:
Faktor kedua adalah faktor yang menahan diri kita daripada melihat ma`siat tatkala di tengah-tengah masyarakat yang tidak menutup `aurat. Ianya adalah anjuran daripada Al-Qur’an.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya..” [An-Nur; 31]
Dengan mengamalkan dua faktor ini, in sya’a Llah kita mampu untuk hidup dengan aman dan tenteram jauh dari memikirkan dan mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan terkutuk akibat pendedahan `aurat yang berleluasa.
4. Mengukuhkan Azam
Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
5. Mengenal Pasti Sumber
Mengenal Pasti Sumber pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
6. Mengenalpasti cara, suasana, tempat
Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
7. kekuatan iman perlu dipasak awal
kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
- azab api neraka,
- azab kubur,
- mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
- kejauhan dari rahmat Allah swt serta
- tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
8. Pasakkan implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
- penceraian akan berlaku akibatnya,
- pasangan zina mengandung,
- bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
- mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
- apa akan jadi kepada anak-anak ?,
- kejian masyarakat,
- ditangkap basah dan diumum di media,
- adik beradik mengeji,
- akan dijangkiti AIDS,
- dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
9. Fikirkan target kehidupan dan sibukkan diri
Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan
seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
10. Datangkan keyakinan Allah maha melihat
Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian, Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
11. Sedarkan malaikat mencatat apa yang dilakukan
Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
12. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
13. Putuskan hubungan haram atau songsang
Putuskan hubungan sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.
14. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
15. Ubah rutin kehidupan
Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
16. Hadiri majlis ilmu
hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
17. Sertai kumpulan bersifat keagamaan
Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
18. Sertai kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan
Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
19. Bina target dan capaikan
Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan.
20. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
21. Fikirkan mati ketika melakukan maksiat
fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
22. perlunye berfikiran negatif
Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
23. Perdengarkan bacaan Al-Quran
Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlahdari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
24. Jangan
sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu
jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan
kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu
mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih
besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
"Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas" ( Al-Baqarah : 168 )
"Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas" ( Al-Baqarah : 168 )
24. Menjaga pemakanan
pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
26. Amalkan puasa sunat, zikir
Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
27. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
"dan bersegeralah kamu
kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit
dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa" ( Al-Imran )
"Telah berjayalah
orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya" (Al-Shams : 9-10)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar